Di istana lama ini,
Aku bersendirian,
Jauh dari pandangan mereka,
Jauh dari tanggapan mereka,
Yang sering mulut-mulutnya,
Terkumat-kamit berkata buruk,
Menghina busuk terhadap diriku,
Kerna,
Aku adalah putera yang dibuang,
Dikeji dek kerana rupaku,
Dihina dek kerana kekuranganku,
Lalu aku dibuang oleh keluargaku,
Yang kononnya berdarah suci,
Dan aku pula berdarah keji,
Tidak sesuai sama sekali,
Tuk bersama mereka lagi,
Fikiranku kusut,
Mindaku serabut,
Dibelenggu rasa kabut,
Apakah salahku?
Apakah dosaku?
Aku tidak layakkah?
Menikmati manis bahagia,
Seperti orang lain?
Lalu,
Aku ciptakan,
Pelangi aku sendiri,
Aku zahirkan pelangi itu,
Di taman istana ini,
Aku luahkan perasaan sunyi ini,
Disetiap kelopak bunga-bunga ini,
Merekalah penghibur hatiku,
Merekalah pendengar setiaku,
Merekalah diriku.
©qallian
S