Bisu.
aku mencintai seorang perempuan yang dunia baginya tak pernah bersuara.
dia pekak.
dia bisu.
dan aku,
pengecut.
setiap hari aku memikul satu ayat yang tidak pernah keluar dari mulutku.
“aku suka kau.”
aku angan-angan yang masa masih panjang.
aku angan-angan bahawa esok masih ada.
tetapi maut
tidak pernah menunggu orang yang ragu.
akhirnya,
dia mati.
sunyi yang dia kenal akhirnya menjadi
rumah terakhirnya.
dan aku masih hidup dengan satu pengakuan yang tidak pernah didengar,
tidak pernah dibaca,
tidak pernah disampaikan.
cintaku mati bersamanya,
tetapi rasa bersalahku
tidak akan pudar.
A